ENGLISH | BAHASA

DASAR PRIVASI - APLIKASI PRU MALAYSIA


PRIVASI

Aplikasi PRU MALAYSIA (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk menyediakan statistik/maklumat pilihanraya (PRU/PRN/PRK) di Malaysia bermula pada tahun 1955 sehingga sekarang. Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan kawasan parlimen, DUN dan maklumat calon berserta keputusan pilihanraya umum. Sebagai tambahan, maklumat pilihanraya kecil juga disediakan dari semasa ke semasa. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery.

Nota: Sumber maklumat/data adalah dari portal Data Terbuka/SPR (https://www.data.gov.my), Parti Politik, Wikipedia, Buku, Artikel, Akhbar dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai.



PENAFIAN

1. PERHATIAN: APLIKASI INI BUKANLAH APLIKASI RASMI DARI SPR ATAU MANA-MANA AGENSI KERAJAAN

2. Aplikasi ini disediakan seadanya bagi membantu rakyat mendapatkan informasi berkenaan pilihanraya.

3. Diharap aplikasi ini dapat menyuburkan proses demokrasi di Malaysia.



MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.



MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN

a. Aplikasi ini hanya memaparkan rekod dari calon-calon parlimen/DUN seperti mana yang dikeluarkan oleh individu atau parti individu berkenaan untuk tujuan pengenalan kepada calon tersebut.

b. Data yang dipaparkan adalah seperti berikut:

   i. Nama calon

   ii. Tarikh lahir dan Umur

   iii. Pendidikan

   iv. Pengalaman

c. Data yang dipaparkan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada yang dinyatakan di atas.

d. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan komersil.



KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi tidak mencukupi, maka hanya nama calon akan dipaparkan dan akan menjejaskan pengenalan calon kepada pengundi.



KERAHSIAAN

Data peribadi yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.



KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.



PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain-lain, sila e-mel kepada info@crespro.com


Tarikh Kemaskini: 09/08/2023